Satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara UTeM Holdings Sdn. Bhd. dengan UMT Jaya Holdings Sdn. Bhd. telah diadakan pada 29 Ogos 2023 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 5, Bangunan Canselori, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Turut hadir sama menyaksikan Majlis tersebut ialah Dato’ Dr. Hj. Din bin Adam, Ahli Lembaga Pengarah Universiti (UMT) dan Prof. Ir. Ts. Dr. Ghazali bin Omar, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UTeM.