ANY INQUIRY? CALL: +606 233 6263
  • Contact Us

UTeM Holdings Group

  • Home
  • Corporate Info
    • About Us
    • Board of Directors
    • Top Management
    • Corporate Structure
  • Subsidiaries
  • Our Business
  • Newsroom
  • Career
  • Contact Us
0
Admin Editor
Monday, 01 April 2024 / Published in News

UTeM Terima Dividen RM 8 Juta Tertinggi Daripada UTeM Holdings Sdn Bhd

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menerima penyerahan dividen sebanyak RM 8 juta nilai dividen daripada UTeM Holdings Sdn Bhd (UHSB) pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Tun Canselor di kampus induk UTeM, semalam.

Penyerahan replika cek itu disampaikan sendiri oleh Prof Ts Dr Ghazali Omar yang menjalankan sementara tugas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UHSB dan disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri dan juga Canselor UTeM, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dalam majlis berkenaan.

Naib Canselor UTeM, Profesor Ts Dr Massila Kamalrudin berkata, amaun dividen sebanyak RM 8 juta merupakan angka tertinggi semenjak penubuhan syarikat.

Jelasnya, angka tersebut jelas menggambarkan peningkatan memberangsangkan jika dibandingkan dividen yang diterima UTeM pada tahun sebelumnya sebanyak RM 5 juta dan sebelum itu pula sebanyak RM 2.9 juta. 

Pada majlis yang sama, seramai 50 orang Mahasiswa UTeM telah menerima sumbangan sebanyak RM16,000.00 menerusi Tabung Amal Jariah UTeM yang mana sumber dana Tabung Amal Jariah UTeM adalah hasil sumbangan daripada warga UTeM serta pihak luar.

Katanya, pada tahun ini juga, jumlah sumbangan yang telah diterima bagi penganjuran program sepanjang bulan Ramadhan ini adalah berjumlah RM344,000.00 di mana penyumbang utama adalah dari Yayasan Canselor UTeM dan UTeM Holdings Sdn. Bhd. 

  • Tweet

What you can read next

Majlis Hari Keluarga Kumpulan UTeM Holdings 2024
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara UTeM Holdings Sdn Bhd dengan AF Maritim Sdn.Bhd.
Mahabbah Aidilfitri UTeM 2023

Recent Posts

  • 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗡𝗔𝗧𝗔𝗟
  • Majlis Hari Keluarga Kumpulan UTeM Holdings 2024
  • UTeM Terima Dividen RM 8 Juta Tertinggi Daripada UTeM Holdings Sdn Bhd
  • Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara UTeM Holdings Sdn Bhd dengan AF Maritim Sdn.Bhd.
  • Mahabbah Aidilfitri UTeM 2023

Featured Posts

  • 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗡𝗔𝗧𝗔𝗟

    0 comments
  • Majlis Hari Keluarga Kumpulan UTeM Holdings 2024

    0 comments
  • Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara UTeM Holdings Sdn Bhd dengan AF Maritim Sdn.Bhd.

    0 comments
  • Mahabbah Aidilfitri UTeM 2023

    0 comments
  • Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara UTeM Holdings Sdn. Bhd. Dengan UMT Jaya Sdn. Bhd.

    0 comments

Archives

  • December 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • August 2023
  • August 2015

Categories

  • News

UTeM HOLDINGS SDN. BHD.

No 1, Jalan TU 43,
Taman Tasik Utama,
75350 Ayer Keroh, Melaka

Tel : +606 233 6263
Email : [email protected]

COMPANY

  • About Us
  • Board of Directors
  • Top Management
  • Corporate Structure

SUBSIDIARIES

  • UTeM Holdings Properties Sdn. Bhd.
  • UTeM Holdings Education Sdn. Bhd.
  • JELITA TVET Women Academy Sdn. Bhd.
004119
Users Today : 14
Users This Month : 266
Users This Year : 1877
Total Users : 4119
TOP